Hai All!!

Nak bace ke tak??

Askum semua para pembaca!! Selepas baca karya2 saya tolonglah komen, saya juga hendak tahu bagaimana reaksi anda. suka(n_n) atau tak suka(-_-).. kalu ada apa2 kesalahan, saya akan cuba baikinya... harap maklum...


Cheun-nai aka Ain

Sabtu, 30 Oktober 2010

Aku Bodoh! 1

“Tina ooo... Tina!” jerit Wani. Tina terkocoh-kocoh berlari mendapatkan teman serumahnya itu. Sampai terlanggar kerusi meja dibuatnya.

Nasib baik tak tergolek terguling, kalu tidak, alamatnya jadi macam lagu Jong Jong Inai la gamaknya.

“Amende?” tanya Tina. Dia mengerutkan dahi. Wani pun menunjukkan kertas yang bertaburan diatas lantai.

“Ni apa ni? Kau kutip balik. Ya Allah habis bersepah rumah aku. Tina! Kau kutip balik! Kutip balik! Kalu kau tak kutip, jangan harap kau dapat makan hari ni! Kutip balik sampah sarap kau ni!” ucap Wani lantang.

Ya Allah, sapa tak geram tengok rumah habis bersepah.

Tina menggarukan kepala. Kemudian mendengus.

“Wani! Takkan aku sorang je kut.” Kata Tina protes. “Eh, Hello! Kau yang buat sepah, jadi memang patut pun kau yang kutip. Aihh.. nasiblah aku dapat kawan macam kau ni.” Kata Wani sambil menggelengkan kepala.

Tina sudah memuncungkan mulutnya. Tetapi tangannya tetap bergerak mengutip sampah2 yang bertaburan itu.

Tina menggarukan kepala. “Eeerr... nak tak kat mana sampah ni yek?” kata Tina sendirian.

Tiba2 akalnya mencerna idea. “Ha! Letak kat sini ajelah.” Kata Tina.

Dia membongkokkan badannya dan meletakkan kertas2 itu di bawah sofa bewarna merah.

Kemudian dia tersenyum sambil mengibas tangannya.

Tina pun berlalu pergi. “Haa.. macam ni lah bagus, baru tak sakit mata memandang. Ni tak, rumah macam tempat pembuangan sampah aje.” Bebel Wani.

Ditangannya terdapat secawan kopi yang masih berasap. Tina yang mendengar dari dalam biliknya hanya mencebik.

Dia mengadap bukunya. Tiba2 sekali lagi kedengaran jeritan paling nyaring daripada encik.. eeh.. silap Puan Nur Azwani.

Tina menutup telinganya.

Dia sekali lagi bangun menuju kearah temannya.

“Apa lagi?” tanya Tina seakan orang ‘bodoh’

“Wei!! Ni apende ni??!! Ya Allah, ya Rabbi, Ya Karim!!!! Boleh sakit aku kalu tiap2 hari macam ni!!! Tina!! Ini bukannya tempat buang sampah!! Kau tak nampak ke bakul sampah dekat dapur tu!!! Ya Allah...” bebel Wani sekali lagi.

Tina hanya menggarukan kepala. “Laa.. aku mana tau tempat nak buang sampah kat mana? Jadi aku letak lah kat bawah sofa tu. Tapi.. okay apa.” Kata Tina sambil menggoyangkan tangannya.

Wani sudah membuntangkan matanya. Dah nak terkeluar dah biji mata gayanya.

“WHAT???????????????!!!!!!!!!!!!!!!! kau tak tau tempat nak buang sampah kat mana???????!!!!!!!!!!” jerit Wani nyaring dan amatlah ‘merdu’ jikalau didengari oleh sesiapa sahaja.

Tina yang duduk berdekatan sudah menekup telinga. “Wani, apa jerit2 nih. Nanti kalu orang dengar, malu kang. Tak pasal2 tak de orang nak masuk meminang kau. Orang kata apa jenis anak dara jerit2 tak tentu hala ni, ish3..” kata Tina sambil menggelengkan kepala.

Nafas Wani sudah turun naik. Dia cuba untuk menahan sabar dengan karenah temannya itu.

**

Buuummm....

Wani melempar beg pakaian Tina diluar rumah. Tina mengerutkan dahi.

“Nape kau lempar beg aku kat luar?” tanya Tina. Dia pun melangkah keluar untuk mendapatkan begnya.

Apabila dia sudah berada diluar.

DUUUMMMM!!!!

Wani menutup pintu rumah itu dengan kuat. Tina berpaling kebelakang. “Wei Wani! Asal kau tutup pintu. Aku nak masuk macam mana ni?” tanya Tina.

Dia mengetuk pintu.

“Dah, kau takyah masuk dalam rumah ni dah!!! Baik kau berambus aja dari rumah aku ni!!!!! Buat serabut hidup aku aje!!! Pergi!!!” kata Wani datar.

Tina menggarukan kepala sekali lagi. Kemudian dia mengangkat bahu.

Dia pun berjalan keluar daripada pagar rumah sahabatnya itu.

Dia terus berjalan, berjalan dan berjalan tanpa arah tuju.

**

2 ulasan: