Hai All!!

Nak bace ke tak??

Askum semua para pembaca!! Selepas baca karya2 saya tolonglah komen, saya juga hendak tahu bagaimana reaksi anda. suka(n_n) atau tak suka(-_-).. kalu ada apa2 kesalahan, saya akan cuba baikinya... harap maklum...


Cheun-nai aka Ain

Selasa, 21 September 2010

Cerpen: Selamat Hari Raya!!

“Mi... tahun ni kita raya, balik rumah opah ke rumah tokmah?” tanya Hakim sambil mengadap kearah ibunya yang sedang melipat kain.

“Tahun ni kita balik rumah opah. Tahun lepas kan kita dah balik rumah tokmah. Bergilir-gilirlah. Tahun ni rumah opah, tahun depan rumah tokmah pula, macam tula.” Kata Puan Hajar sambil tersenyum kearah anak keduanya iaitu Hakim Zaim yang berumur sepuluh tahun itu.

Hakim pun hanya menganggukkan kepala. Dia pun tersenyum lebar. Dia pun berlari menuju kebilik kakaknya. Puan Hajar pun hanya menggelengkan kepala. Best sangatlah tu, dapat raya kat rumah opah kesayangan dia... kata Puan Hajar dalam hati.

“Assalamualaikum kakak. Kakak tengah buat apa tu?” kata Hakim sebaik sahaja dia memasuki bilik kakaknya itu.

Hanisah pun tersenyum memandang adiknya itu. “Baca buku aja angah. Tak tahu nak buat apa, baju-baju semua pun dah kemas masuk kedalam beg. Baju untuk raya minggu depan pun dah diseterika. Kalu dah tak tahu nak buat apa baca buku ajalah.” Terang Hanisah.

Hanisah Haida seorang kakak sulung yang bertanggungjawab menjaga adik-adiknya. Dia juga seorang yang rajin, cantik dan amat mementingkan kebersihan. Berumur 14 tahun.

Hakim pun menganggukan kepala. “Akak tahu tak tahun ni kita raya kat rumah mana?” tanya Hakim sengaja menduga kakaknya itu.

“Tahu, rumah opah.” Kata Hanisah.

Hakim pun membuat muka monyok. “La, kenapa ni. Monyok tiba-tiba, ada yang tak kena ke?” tanya Hanisah kehairanan.

“Tak ada apa-apalah. Ingatkan kakak tak tahu. Boleh usik kakak sikit. Ni kakak semua benda aja tahu. Kakak ni ahli nujum ke apa?” kata Hakim.

“Astaghfirullahalazim, apalah angah ni, ingat kakak ni ahli nujum pulak. Semua tu mengarut aja. Kakak tahu pun sebab tadi kakak tanya ayah aja. Apa-apa ajalah angah.” Kata Hanisah. Dia pun kembali mengadap novelnya.

Hanisah memang suka membaca novel tapi tidaklah terlalu tertagih. Cuma biasa-biasa sahaja. Contoh novel yang jadi pilihannya ialah prinsip tentang islam, seperti Izinkan Mimpi Berulang, penulis Zaharah Muhammad.

Hakim pun hanya tersengih. “Saya minta maaf kakak. Saya cuma bergurau sahaja. Kakak maafkanlah saya ya.” Kata Hakim sambil menyusun sepuluh jari.

Hanisah pun tersenyum dengan gelagat adiknya itu. “Baiklah akak maafkan, tapi dengan satu syarat...” kata Hanisah terhenti di situ.

“Laa... nak minta maaf pun, kena ada syarat ke?” tanya Hakim kebinguan.

“Sabarlah dengan apa yang kakak nak kata ni. Angah ni tak sabar-sabarlah. Sabar itu kan separuh daripada iman.” Kata Hanisah berlengah-lengah.

“Yela, cepatlah apa syaratnya. Cepatlah, kakak ni suka sangat melengah-lengahkan waktu. Dulu kakak kata kalu orang yang berlengah-lengah ni suka membazirkan waktu. Habistu sekarang ni bukan ke kakak membazirkan waktu.” Kata Hakim.

“Dah habis?”

“Ermm... dah.” Kata Hakim sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Okaylah, syaratnya ialah...................”

“Kakak!” gesa Hakim. Hanisah pun tersengih, suka dia melihat muka cemberut adiknya itu.

“Buatkan kakak air milo ais dari hasil tangan adik kakak yang tercinta ini.” Kata Hanisah spontan.

Terjatuh sedikit rahang Hakim. “Tu je ke, syaratnya. Mudah sahaja. Ingatkan susah tadi, rupanya buatkan milo aja. Kacang goreng aja. Ok set, angah pergi buat sekarang.” Kata Hakim dia pun berlalu pergi.

Hanisah pun menggeleng kepala sambil tersenyum.

“Satu pagi di hari raya, aku sujud memujimu. Satu pagi di hari raya, aku sujud membesarkanmu...” kata Hakim sambil menyanyikan sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan. Dia pun meletakkan susu pekat kedalam cawan itu.

Puan Hajar yang kebetulan masuk untuk minum air itu terdengar anaknya menyanyi. Dia pun hanya menggelengkan kepala.

“Assalamualaikum umi. Umi nak angah buatkan air untuk umi.” Kata Hakim sambil memperlawakan bantuannya.

“Tak mengapalah. Hakim minumlah, ibu tak suka minum air manis-manis.” Kata Puan Hajar sambil tersenyum.

“Umi, ayah mana?” tanya Hakim. Sejak tadi dia langsung tidak nampak kelibat ayahnya, Encik Latif.

“Kan ayah pergi solat terawih. Kenapa angah tak ikut?”

“Oh... lupa pula Hakim, yang ayah pergi solat terawih. Tadi Hakim tak pergi sebab kelam kabut nak siapkan kerja sekolah, sebab tulah tak pergi. Siang tadi Hakim penat pastu terus tidur lepas solat zohor.” Kata Hakim panjang.

“Habis tu, angah solat asar tak?” tanya Puan Hajar sekali lagi.

“Eeh... mestilah solat. Nanti kalu tak solat dapat dosa.” Kata Hakim sambil tersengih.

Puan Hajar pun hanya tersenyum manis. “Okaylah, umi nak pergi baca qur’an ni. Hakim nak join?” pelawa Puan Hajar.

“Nak, nak. Tapi sekejap ye. Angah nak hantar air ni dekat kakak. Tadi dia minta suruh buatkan air milo ais. Sekarang dah siap, tadaa...” kata Hakim sambil menunjukkan cawan yang di dalam genggamannya saat ini.

“Bertuah punya budak.” Kata Puan Hajar. Hakim hanya tersenyum kelucuan. Dia pun pergi kebilik kakaknya yang terletek bersebelahan dengan bilik abangnya, Hasyim atau nama panjangnya Hasyim Zarith.

Sekarang abangnya duduk di asrama. Mungkin abangnya itu akan balik minggu depan.

“Nah akak.” Kata Hakim sebaik sahaja dia melolos masuk kedalam bilik kakaknya itu. “Ishh... angah ni, terkejut akak. Tapi apa-apa pun terima kasih sebab buatkan akak air milo ni.” Kata Hanisah sambil mengambil cawan yang dipegang Hakim.

“Sama-sama. Akak nak join umi tak?” tanya Hakim. “Join apa?” tanya Hanisah pula.

“Join baca qur’an.” Jawab Hakim spontan. “Mmm... boleh jugak. Jomlah pergi ambil wuduk. Kesian umi, mesti dia dah tunggu lama tu.” Kata Hanisah. Dia pun meletakkan novelnya di atas meja belajar.

Mereka pun bersama-sama mengambil wuduk. Tidak lama kemudian rumah itu pun bergema dengan bacaan al-Qur’an.

~**~

Pagi itu, Hakim bangun awal pagi. Selepas subuh tadi dia terlelap kerana tidak tahan. Dia pun mengemas katil bujangnya. Selepas mengemas dia pun menuju ke dapur.

Kelihatan uminya sedang menggelek sesuatu. “Assalamualaikum umi. Umi tengah buat apa tu?” tanya Hakim. “Waalaikumsalam, umi tengah nak buat kuih.” Kata Puan Hajar sambil tersenyum.

“Umi nak buat kuih apa ni?”

“Oo... ni umi nak buat kuih gunting.”

“Mm... boleh angah nak tolong?” tanya Hakim. “Boleh aja. Tolong basuhkan pinggan mangkuk yang ada dalam sinki tu.”

Hakim pun mengangguk. Dia pun mendekati sinki yang dipenuhi dengan pinggang itu. Hakim pun membuka pili. Dia pun membasuh pinggang itu hingga bersih kemudian diterak.

“Terima kasih angah.”

“Sama-sama. That’s my pleasure.” Kata Hakim tersengih.

Puan Hajar pun tersenyum.

~**~

Seminggu kemudian... di pagi raya...

“Angah! Masa mandi tu niat mandi raya sekali!” laung Hanisah dari luar bilik air itu.

“Okay!” kata Hakim dari dalam. Nasib baik belum start mandi lagi. Bisik Hakim dalam hati.

Selepas selesai mandi, dia pun memakai baju bewarna hijau daun, warna kegemarannya. Sejurus menyikat rambut. Dia pun memakai songkok, dia kelihatan segak sekali.

Tiba-tiba sepupunya pun masuk kedalam bilik itu. “Woo... hensemnya kau. Kalah aku.” Kata Shakil atau nama panjangnya Shakil Azlan. Hakim pun hanya tersengih.

“Weeii... jom ar kuar, semua dah tunggu tu. Kau aja yang duk berdandan lama-lama. Cam perempuan aja.” Kata Shakil. Hakim pun hanya menjeling tajam.

Mereka pun keluar bersama-sama. Kelihatan semua orang sedang bersarapan. Menunya ialah lontong dan nasi impit, air pula, air sirap sejuk. Emm... sedapnya...

“Ha... Hakim, lamanya pakai baju. Meh makan lontong ni.” Kata Opah. Hakim pun tersengih. Dia pun mengambil mangkuk dan meletakkan lontong didalam mangkuk tersebut. Kemudian dia pun mengambil kuah.

Selepas makan mereka pun menuju ke masjid yang berdekatan, untuk bersembahyang raya.

Semasa berjalan, Hakim pun bersuara

“Ayah, ayah lupa nak bagi sesuatulah.” Kata Hakim sambil memandang ayahnya. “Apa benda yang ayah lupa tu?”

“Duit rayalah.” Kata Hakim. Mereka pun ketawa. “Ayah tak lupa, cuma nak bagi bila selepas sembahyang raya nanti.” Kata Encik Latif. Hakim pun tersenyum lebar sambil berfikir, hmm... hendak beli apa nanti ya? Fikir Hakim dalam hati.

“Tapi bila dah dapat duit raya nanti, jangan borong. Kumpul, nanti bila dah besar,boleh guna.” Pesan Encik Latif kepada anak2nya dan anak saudaranya.

Mereka semua pun mengangguk.

**

Okaylah sampai sini aja. Akhirnya dapat jugak siapkan cerpen ni... Alhamdulillah..

2 ulasan: