Hai All!!

Nak bace ke tak??

Askum semua para pembaca!! Selepas baca karya2 saya tolonglah komen, saya juga hendak tahu bagaimana reaksi anda. suka(n_n) atau tak suka(-_-).. kalu ada apa2 kesalahan, saya akan cuba baikinya... harap maklum...


Cheun-nai aka Ain

Sabtu, 30 Oktober 2010

Adikku Arisya

“Izyan!!” jerit Arisa atau Puteri Arisa Maisara sambil melambaikan tangannya. Izyana atau Nur Izyana Natasya pun tersenyum memandang gelagat kawannya. “Assalamualaikum awak.” Kata Arisa sambil termengah-mengah.

“Waalaikumsalam. Kenapa?” jawab Izyana. “Awak nak tahu something tak?” kata Arisa sambil tersenyum. Izyana pun hanya mengangguk.

“Awak nak tahu. Mak saya dah mengandung. Mak saya kata insyaallah mungkin anak perempuan. Tak sabarnya saya. Dah lama saya mengidam nak dapat adik perempuan.” Kata Arisa ceria. “Alhamdulillah. Semoga sepanjang kandungan mak awak, selamat dan panjang umur.” Kata Izyana. “Amin.” Mereka berkata serentak.

Arisa masih kekal dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir munggilnya. Izyana pun hanya menggeleng.

**

“Mirul! Wooii.. aku tengok kau ni dari tadi asyik tersenyum aja. Ada apa yang buat kauhappy aja hari ni?” kata Shahir atau Muhammad Shahir sambil memandang kawannya.

“Kau nak tahu, nanti aku bakalan dapat adik perempuan. Alhamdulillah. Tulah sebab akuhappy.” Kata Amirul atau Tengku Amirul Hafizuddin sambil tersenyum gembira. “Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.” Kata Shahir.

Mereka pun tersenyum.

**

“Bye Izyan. Jumpa esok pula ye.” Kata Arisa sambil melambai tangan. Mereka pun berpecah di kawasan2 rumah. Arisa pergi kekiri, manakala Izyana pula pergi ke kanan. “Baiklah. Assalamualaikum.” Kata Izyana. “Waalaikumsalam.” Kata Arisa pula.

**

“Bye bro. Semoga sukses.” Kata Shahir. Amirul pun mengerutkan dahi. “Sukses apebende pulak. Aku bukannya nak pergi UK pun. Aku nak balik rumah je.” Kata Amirul sambil menggeleng.

Shahir pun ketawa. “Wei... aku gurau ajelah. Klah... jumpa esok, see u tomorrow brother.” Kata Shahir sambil menepuk bahu kawannya. Amirul pun tersenyum.

Oright... see u tomorrow. Assalamualaikum.” Kata Amirul. “Waalaikumsalam.” Kata Shahir pula. Mereka pun berpecah menuju kerumah masing2.

**

Di pertengahan jalan, Amirul dan Arisa bertembung. Arisa tersenyum kearah abangnya. Amirul pun membalas senyuman adiknya.

Mereka pun mengayuh basikal. “Along, along rasa, along nak bagi nama apa dekat adik kita nanti?” tanya Arisa sambil menggosok dagu. “Angah rasa?” tanya Amirul semula.

“Ala along ni, kita tanya dia dulu. Dia tanya kita balik.” Kata Arisa mogok. “Okay2.. mm.. along rasa nak letak nama..... aha! Puteri Arisya Maisara. Amacam?” cadang Amirul.

Arisa pun tersenyum panjang. “Sedap2. Sama dengan angah. Okay.. angah setuju.” Kata Arisa. Mereka pun bertepuk tangan.

Mereka dua beradik pun mengayuh basikal sedikit laju untuk cepat sampai kerumah.

**

“Ibu... nanti kita letak nama adik kita Puteri Arisya Maisara boleh tak?” tanya Arisa. Ibunya yang sedang melipat baju itu tersenyum mendengar cadangan daripada anaknya itu.

Arisa pun menyiku lengan abangnya. Amirul pun berpaling daripada wajah ibunya kepada adiknya. Dia mengangkat kening. Arisa pun menyerotkan sedikit bibirnya kearah ibunya.

Amirul pun mengangkat bahu sambil mencebik. Arisa pun membuat muka monyok. “Emm.. sedap jugak nama tu. Boleh aja. Asalkan bayi ni selamat keluar daripada perut ibu. Anak2 ibu doalah supaya ibu selamat semasa mengandungkan dan mengeluarkan bayi ini. Boleh? Lepas tu, barulah kita nak letak namanya.” Kata Puan Alisa panjang lebar dia pun tersenyum.

Mereka berdua pun mengangguk laju, persis seperti anak kecil yang baru mendapat aiskrim, bersinar aja muka masing2. Amirul berumur 13 tahun. Manakala Arisa pula 12 tahun. Puan Alisa pun hanya menggeleng melihat gelagat mereka.

Sekarang ini kandungannya baru berusia 1 bulan. Tetapi perutnya tidaklah kembung mana, sikit aja. Dia pun baru tahu juga. Alhamdulillah, akhirnya dia mengandung lagi. Inilah yang dipanggil rezeki..

**

9 bulan kemudian...

“Arghh.... sakit!!!” jerit Puan Alisa tiba2. Amirul dan Arisa pun tergopoh-gopoh menuju kebilik ibunya. Mereka kelihatan sedikit terkejut melihat keadaan ibunya yang sedang memegang perutnya.

“Angah cepat call ambulance. Ibu dah nak beranak ni. Cepat!” kata Amirul. Dia kelihatan sangat risau. Arisa pun cepat2 mengambil handphone ibunya. Didail nombor 999.

“Cepatlah angkat, cepatlah angkat..” kata Arisa. Dia memejam matanya. “Hello......”

**

Alhamdulillah, akhirnya lepas juga waktu kritikal. Doktor kata yang mereka telah mendapat adik perempuan yang sangat comel. Mata dia bewarna brown. Wah.. comelnya..

“Wah comelnya, adik kita.” Kata Arisa excited. “Aahlah.. comel sangat2. Tak sabar pulak along nak pegang.” Kata Amirul. Mereka hanya dapat melihat adik mereka yang baru dilahirkan itu dari luar bilik bayi sahaja. Mereka tidak dapat masuk kerana takut ada apa2 yang tidak diingini berlaku.

“Ala.. kalu along tak sabar dah nak pegang. Cepat2lah kahwin. Bila keluar je anak along, along boleh terus pegang.” Kata Arisa bercanda. Amirul pun mencegilkan matanya.

Dia mencubit lengan adiknya. “Adooii.. sakitlah along, along ni macam perempuanlah, aci main cubit2 orang.” Bebel Arisa. Dia menggosok lengannya.

“Hihi.. soriylah. Angah tu mulut jaga sikit. Along kan kecik lagi. Mana boleh kahwin lagi, apala... belum akhil balil lagi pun.” Kata Amirul tanpa menyedari ada beberapa gadis yang mengeluh panjang. Arisa pun dah ketawa terkekek-kekek. Amirul pun mengerutkan dahi. Nape pulak? Ada menda yang kelakar ke???...

“Kenapa angah ketawa? Ada menda yang kelakar ke?” tanya Amirul. Arisa pun hanya menggeleng. Dia berlalu pergi dari situ. Amirul pun hanya mengangkat kening. Dah gila kut adik aku ni.. bisik Amirul dalam hati..

**

Dua tahun kemudian...

“Arisya.. meh syini makan... umm...” kata Arisa. Arisya pun hanya menguyah bubur nasi. Sekarang ni Arisya sudah berumur dua tahun. Giginya pun sudah tumbuh banyak.

“Arisya, Arisa, Amirul dan Ibu. Tengok sini semua.” Kata Encik Aziz. Semua pun memandang kamera yang dipegang oleh Encik Aziz itu.

Ktik... ktak...

**

^TAMAT^

2 ulasan: