Hai All!!

Nak bace ke tak??

Askum semua para pembaca!! Selepas baca karya2 saya tolonglah komen, saya juga hendak tahu bagaimana reaksi anda. suka(n_n) atau tak suka(-_-).. kalu ada apa2 kesalahan, saya akan cuba baikinya... harap maklum...


Cheun-nai aka Ain

Selasa, 16 November 2010

Kata2 biasa..

Hmm.. lamanya tak post cerpen ye.. hihi.. tengah sebuk sekarang ni, so.. still xde mase nak post ape2. Just ni aje yang Ain bleh post=))… sape yg nak bace novel bleh gi blog nih akutomboydantulen.blogspot.com klah tu aje… tata… selamat membaca karya saya!!!

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kisah silamku 1

Nur Afiza Syuhaida aka Fiza berjalan menuju kekelas.

Sesampai di kelas, dia terus meletakkan begnya di atas kerusi. Tiba2 dia disapa oleh sekumpulan budak lelaki.

“Hai Pizza, awal sampai.” Kata Afiq sinis. Dilengannya terdapat balutan yang agak tebal.

Fiza hanya menunduk. Dia membetulkan cermin matanya yang tebal itu. Tiba2 tangannya direntap kasar.

“Pizza, pizza. Hari ni kau tak dapat lari daripada aku. Aku akan membalas kembali perbuatan kau dekat aku semalam. Mir! Kau tutup pintu kelas, biar aku nak ajar sikit budak ni.” Arah Afiq kepada kawannya.

Amir pun menutup pintu kelas. Pagi itu masih tiada orang yang datang. Jadi senang sikit kerja aku... bisik Afiq dalam hati.

Setelah keadaan menjadi sunyi. Afiq mendekatkan dirinya dengan Fiza. Fiza sudah terketar-ketar.

“A..apa... kau nak buat dekat aku.” Kata Fiza perlahan. Afiq hanya ketawa sinis.

Tiba2 dia pun menarik rambut Fiza yang diikat ekor kuda itu.

Afiq menarik rambut itu dengan kuat. Fiza sudah merintih kesakitan.

Afiq pun menolak Fiza hingga jatuh. Dia kemudian menendang perut Fiza. Fiza sudah menangis teresak-esak.

Afiq pun menarik rambut Fiza sekali lagi. Dia kemudian berkata

“Ini balasannya untuk sesiapa yang membuatkan Afiq Hafizi menjadi marah.”

Fiza hanya menangis. Afiq pun menghentakkan kepala Fiza di atas meja. Tangisan Fiza menjadi sedikit kuat.

Kemudian Afiq ketawa sinis. Dia pun keluar dari kelas itu.

Fiza memegang kepalanya yang terasa berpinar. Dia hanya menangis.

Asyiqin berjalan menuju kekelasnya. Tiba2 dia ternampak kelibat Afiq n the geng keluar dari kelas dengan senyuman sinis.

Asyiqin menyorok disebalik pintu. Dia memerhati bayang Afiq n the geng berlalu pergi.

Hatinya tidak enak. Dia berjalan dengan pantas menuju kekelasnya.

Kelihatan Fiza sedang memegang kepalanya sambil menangis. Asyiqin terkejut.

Segera dia meluru kearah kawannya. “Ya Allah, Fiza.. kau tak apa2? Kenapa kepala kau berdarah? Afiq ada buat sesuatu dekat kau ke?” kata Asyiqin bertalu-talu.

Risau Asyiqin melihat teman sekelasnya menjadi begitu. Walaupun dia tidak berapa rapat dengan Fiza, dia tetap berasa simpati dengan keadaan Fiza sekarang ini.

“Mari sini aku bawak kau pergi pejabat. Teruk jugak kau sekarang ni.” Kata Asyiqin. Dia mengangkat badan Fiza yang kelihatan sudah lemah itu.

Mereka pun berjalan menuju kepejabat. Nasib baik pejabat dah buka awal2, kalu tidak mesti si Fiza ni dah pengsan.

“Eh.. kenapa ni? Apa dah terjadi?” tanya Cikgu Sumayyah. Dia menolong Asyiqin yang kepenatan mengangkat Fiza yang sudah lemah itu.

“Entah cikgu, saya pun tak tau. Tadi masa saya nak masuk kelas, saya nampak Afiq n the geng keluar dari kelas saya(kelas 5 tk 1). Bila saya dah masuk kelas, saya nampak si Fiza dah jadi macam ni.” Terang Asyiqin.

Raut Cikgu Sumayyah kelihatan risau. “Sekejap, biar saya telefon suami saya. Suami saya ni doktor. Jadi biar dia yang rawat budak ni.” Kata Cikgu Sumayyah.

Dia menelefon suaminya, Doktor Helmi.

Fiza pula sudah dibaringkan diatas sofa.

Tidak lama kemudian, Doktor Helmi pun sampai kesekolah. Dia merawat Fiza.

“Macam mana keadaan budak ni bang?” tanya Cikgu Sumayyah. Dia memandang suaminya yang mengerutkan dahi.

Doktor Helmi mengeluh. “Keadaan dia ni teruk. Dia kena pergi hospital. Kalu dia tidak pergi ke hospital, mungkin keadaan dia jadi lebih teruk. Mari, biar abang tumpangkan dia pergi kehospital.” Kata Doktor Helmi.

Cikgu Sumayyah mengangguk setuju. “Kamu macam mana Asyiqin? Nak ikut tak?” tanya Cikgu Sumayyah.

“Takpelah cikgu, biar saya duduk disekolah aja.” Kata Asyiqin.

Cikgu Sumayyah mengangguk. Doktor Helmi pun mencepung Fiza yang sudah pengsan atau tidur atau mati atau... atau papejelah..

Asyiqin hanya memandang kereta honda accord yang berlalu pergi itu dengan sayu. Dalam fikirannya, dia sudah mencerna sesuatu untuk membalas dendam terhadap Afiq n the geng, dia yakin yang mereka buat semua ni kepada Fiza. Kesian Fiza...

**

Aku termenung jauh. “Bbbbuuu...” sapa seseorang. Aku terkejut. Asyiqin hanya tersenyum.

“Menung jauh nampak, dah sampai Afrika selatan ke?” usik Asyiqin.

Aku hanya menjeling kearahnya. “Alolololo... janganlah ngajuk, tak besh aah macam ni...” pujuk Asyiqin.

Asyiqin memuncungkan mulutnya. Aku hanya ketawa kecil. “Ish.. kau ni, baru nak ngajuk, dah terpujuk. Kau ni kan memanglah.” Kataku sambil mencuit bahunya.

“Ala.. ni Nur Asyiqinlah , sapa yang tak kenal.” Kata Asyiqin bangga.

Aku hanya menggelengkan kepala. “Kau ni kenapa, monyok macam mati bini.. eeh silap, mati suami aje aku tengok. Kau ada masalah ke? Kalu ada, sharelah dengan aku. Aku akan jadi pendengar setia kau.” Kata Asyiqin.

Aku mengeluh. Asyiqin mengerutkan dahi. “Macam berat je.” Kata Asyiqin lagi.

“Tarapapalah iqin... aku cuma ingat masa lalu aja.” Kataku sambil menongkat dagu diatas beranda. Asyiqin hanya mengangguk.

“Fiza, kau janganlah pikirkan sangat menda2 yang dah berlalu ni. Nanti mungkin ia akan mengganggu kau. Baik kau takyah pikir seme tu. Lebih baik lagi kau join aku makan aiskrim kat depan tv tu tengok citer Princesses Hour, lagi best. Lagipun aku baru je beli cd tu. Betul tak cakap aku?” kata Asyiqin.

Aku mengetuk kepalanya. “Asal kau ketuk kepala aku plak. Betullah cakap aku. Tengok citer tu lagi best dari duk tayang citer sama yang ada dalam otak kau tu. Kalu kau tanak tengok, biar aku yang gi tengok.” Kata Asyiqin.

Eeh.. budak ni.. aku sekeh gak kepala tu karang... tapi ada betul gak cakap Iqin tu. Lebih baik aku layan Princesses Hour daripada aku layan kisah silam aku tu... kata ku dalam hati.

“Okaylah, aku join kau. Jomlah.. aku tak sabar dah nak tengok citer tu.” Kataku.

“Haa.. macam tulah bagus, jom2..” gesa Asyiqin tidak sabar.

Kami berdua pun mula menonton cerita tu, lupa terus pasal masalah aku tadi, hakhak....

**

Hmm.. okay tak cerpen ni.. citer ni blum abis lagi.. nanti ada sambungan page lain.. hihi.. slamat membaca..