Hai All!!

Nak bace ke tak??

Askum semua para pembaca!! Selepas baca karya2 saya tolonglah komen, saya juga hendak tahu bagaimana reaksi anda. suka(n_n) atau tak suka(-_-).. kalu ada apa2 kesalahan, saya akan cuba baikinya... harap maklum...


Cheun-nai aka Ain

Isnin, 23 Ogos 2010

Cerpen: Lembaga bertenggek di atas bumbung

Kawan2 bacalah kisah ni kelakar+seram lah sikit. Dia kata cite ni, cite betul. Tapi tak tahulah betul ke tak. Ni kita ambil dari web/blog mana entah, dah tak ingat hihi… tapi bukan maksud kita nak menciplak tapi, saja2 hihi… teruskan membaca bersama Bluebell girl ya^_^!! Love u all… muahhh… hahaha…

Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada diriku sendiri dan seorang abang yang usianya hampir-hampir boleh aku panggilnya pakcik dengan membahasakan dirinya ‘Wak’.

Hobiku pelik sedikit daripada kebanyakan orang lain dan ada juga orang lain hobinya sama sepertiku iaitu ‘mencari hantu’. Aku memilih hobi ini kerana ini adalah satu hobi yang benar2 mencabar bagiku dan memerlukan semangat yang terlalu tinggi. Group aku terdiri daripada 7 org dan salah seorangnya adalah wak, selaku dukun dalam group. Telah hampir 6 tahun aku menceburi dan menghampiri dunia misteri ini. Kata orang…. selagi besar sesuatu tempat itu berpuaka, itulah tempat persinggahanku untuk seminggu. Bukan niatku utk mencabar makhluk halus tetapi sekadar menyingkap dunia misteri.

Sepanjang aktiviti, terlalu banyak rakaman pandangan misteri yg telah kulakukan. Malangnya satu rakaman pun tiada terpapar sesuatu yang pelik dan sukar untuk kubuktikan apa yang telah kulihat dan alami bersama teman2ku.

Tetapi kali ini mungkin rezeki menyebelahi aku. Rakaman kali ini benar2 menjadi.

26 Disember 2006, aku dan teman2 meneruskan pencarian di sebuah rumah tinggal perkampungan Gua Musang. Seminggu berada di sana, berbagai gangguan yang dialami.

Bukan aku seorang, semua teman2ku diganggu dengan dahsyat, tidak seperti sebelum2 ini. Kisah yang berlaku di sini, INSYAALLAH akan aku paparkan dihalaman lain suatu hari nanti.

Untuk kali ini biarlah aku paparkan kisah yg berlaku dalam perjalanan pulang selepas kejadian di Gua Musang ini.

3 Januari 2007, kami memulakan perjalanan pulang. Masing2 seperti tidak bermaya, kepenatan. Kami membawa 3 buah kerata. Dalam kereta aku, yang ada hanya aku dan Wak sahaja. Aku bergilir2 memandu sekiranya penat atau mengantuk.

Seram sejuk masih lagi aku terasa dan kadang2 semakin menjadi2 terutama sekali bila melalui kawasan hutan yang gelap dan sunyi. Wak di sebelah aku sudah di belai mimpi, berdengkur macam kerbau kena sembelih.

Jam ditanganku menunjukkan kurang lima minit lagi mencecah pukul 1 pagi. Dua buah kereta lagi, aku tidak perasan samada aku telah jauh meninggalkan kereta mereka kebelakang atau keretaku jauh ditinggalkan kebelakang.

Perjalananku telah sampai di sebuah kawasan yang agak sunyi dan gelap. Aku tidak terdaya lagi menahan mataku yang hampir2 terpejam. Tidak tergamak pulak untuk aku mengejutkan Wak yang sedang lena untuk menjadi driver aku. Lantas aku mengambil keputusan menghentikan kenderaanku di tepi jalan di kawasan Bukit Bauk, Dungun.

Aku menjatuhkan sandar kerusi keretaku dan selesakan badan yang agak penat. Injin kereta tidak kumatikan. Belum sempat seminit, mataku terpejam melayan malam. Tercapai juga hasrat mata.

Agak2 aku hampir 15 minit aku terlena…

Aku terasa rambutku dibelai. Jari jemari yang halus merayap lembut di pipi dan sesekali membelai di leherku. Haruman bunga-bungaan membuatkan badanku terasa segar. Bibirku terasa dikucup halus. Lantas aku cuba membuka mataku…. Hah!!! Zulaikha???

Aku bagaikan terpaku. Di hadapan mataku bagaikan seorang puteri yang begitu ayu sekali. Wajahnya bagaikan ada satu cahaya seri yang boleh memukau sesiapa sahaja insan bernama lelaki dan boleh cemburukan sesiapa sahaja insan bernama wanita. Aku bertuah, Zulaikha milikku dan aku adalah pilihannya.

“Abanggg…. ngapa niii????”

“Zu…. abang mimpi ke ni? Tadi kan abg dah balik????”

“Ishhh abang ni, merepeklah. Abang ni penat, abang tertidur tadi lepas makan”

“Hmmm… nasib baik mimpi…. abang mimpi abang dah baliklah sayang. Sedap masakan tadi. Zu masak sendiri ke? Sayang macam tahu tahu jer, mee goreng basah memang kegemaran abang”

“Ye bang… Zu masak sendiri. Sedap ke? Nanti Zu masak lagi sedap utk abg”

“Zu….. mana mak ngan ayah sayang, dari tadi tak nampak?”

“Ntahlah bang…. memang selalu camtu. Nanti baliklah tu…”

Dengan jiwa seorang lelaki, aku tidak tahan lagi dengan keayuan dan kecantikan Zulaikha. Wangian asli bunga-bungaan menaikkan lagi ghairahku bagaikan gelegak air mendidih. Apatah lagi waktu ini aku hanya tinggal berdua. Aku tidak akan pulang lagi. Aku harus berada di sisi Zulaikha buat selamanya.

Aku menggenggam tangannya sambil membelai jari jemari yang halus bagaikan sutera.

Pinggangnya kupaut…. Zulaikha membalas dengan senyuman yang sememangnya aku tidak dapat menahan lagi perasaan ku kali ini. Aku memeluknya dengan sepuas-puas perasaanku. Tiada lurah lagi yang memisahkan antara bibirku dengan bibir Zulaikha.

Kehangatan telah memuncak.

Tiba-tiba rambutku direntap dengan ganas sekali dari belakang. Pammm!!!!!.... satu tamparan yang pedih hinggap ke pipiku. Aku tersungkur. Hahhh!!! Wak???

“Mana Zulaikha???”

“Zulaikha kepala otak kau. Bawak mengucaplah sikit. Dulu Wak dah kasi petua, kau taknak amal. Kau dah kena rasuk 3 hari kat Gua Musang tu dahlahhhh…. tak payahlah bawak balik sampai rumah”

“Aku mimpi Wak ke Zulaikha ni???”

“Wak terajang kang kau ni, terpelanting keluar kereta, baru kau sedar kau ni duk kat dunia nyata atau dunia hantu dalam kepala otak kau tu”

Aku terfikir, benarkah aku dirasuk selama 3 hari semasa di rumah tinggalan di perkampungan Gua Musang tu? Semua teman-temanku kata aku dirasuk. Aku tidak sedar langsung semua yang berlaku. Aku bagaikan berada dalam sebuah mimpi tapi wajahnya sering bermain dalam benak fikiranku dan namanya sering meniti di bibirku.

Namun begitu….. Siapakah Zulaikha????

“Dahhh… jangan nak angau lagi. Kau tahu tak, angau ni adik-beradik gila tau…”

Aku meneruskan kembali perjalananku. Lebih kurang 20km, aku sampai di sebuah perkampungan di Kerteh. Aku membelok keretaku memasuki persimpangan sebelah kiri menghala ke pantai. Tiba-tiba badanku menjadi seram sejuk kembali.

“Wak… Zulaikha ikut ke ni? Aku rasa seram sejuk semacam je…”

“Hey kau… mulut jangan celupar sangat, aku bagi penampor nanti kang. Kau jangan cakap bukan-bukan. Ni kau masuk simpang ni nak pegi mana pulak?”

“Lepak kat pantai jap Wak, pekena rokok sebatang. Aku rasa penat sangatlah”

“Wak tengok kau ni cam tak betul sangatlah sekarang. Takpelah… japgi bagi Wak drive pulak. Esok Wak buat air jampi bagi kau kuat semangat sikit”

Aku menghentikan kereta berhampiran sebuah bangunan di tepi pantai. Aku dan Wak keluar dari kereta pekena sebatang rokok. Asap rokok dunhill yang kusedut bagai menghilangkan perasaan seram sejuk aku.Wak menyedut asap rokok kretek yang telah menjadi darah dagingnya. Sesekali asap asap rokok kreteknya menusuk lubang hidung aku membuatkan aku membandingkan betapa busuknya bau rokok kretek Wak dibanding dengan wangi-wangian Zulaikha.

Tak semena-mena pandanganku tertumpu di atas bumbung bangunan berhampiran itu. Aku tidak mahu melihat apa yang ku nampak. Mungkin kerana fikiranku masih penat lagi. Tapi hatiku mendorong untuk terus melihat. Wak terpandang apa yang sedang aku nampak. Pandangannya menoleh ke mukaku.

“Apa yang kau tengok?”

“Ntahlah Wak… Wak nampak ke apa yang aku nampak?”

“Wak rasa Wak nampak”

Bulu romaku terus meremang. Wak menuju ke kereta dan mengambil touch light untuk memastikan lagi apa yang berada di atas bumbung bangunan itu. Aku pun menuju ke kereta mendapatkan camera untuk merakamkan peluang ini.

“Benar Wak nampak, Wak tak bermimpi ni. Nampak kabur tapi bila disuluh makin kabur”

Suara Wak tersekat-sekat. Aku tahu, Wak pun dalam ketakutan jugak.

“Apa tu Wak?”

“Lembaga”

Aku terdiam. Kaki aku mula terasa menggigil. Demi untuk mengambil peluang merakam lembaga itu aku memperkuatkan diri…. aku cuba memberanikan diri aku.

“Wak…. Wak rasa itu lembaga apa tu?”

“Entahlah… Wak rasa itu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia”

“Oooo… betullah Wak. Aku perasan jugak tapi time siang hari. Tulisan dia memang dah kabur pun”

Itulah kisah seram yang betul-betul seram dan tak dapat untuk dilupakan. Gambar lembaga itu… Alhamdulillah berjaya juga aku rakam. Sekiranya ada yang berminat,

aku boleh paparkan gambar tersebut di paparan akan datang.

SEKIAN

-Rafiq Ikhwan-

January 21st, 2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan